Thursday 24 November 2011

Utusan Malaysia Online - Korporat

Wednesday 16 November 2011

semoga selamat

Wah sedih nyer bila tak dapat bersama-sama Achik yang akan menjalani pembedahan pada 19/11/2011(sabtu) nanti.. Achik akan membuang besi pada tulang peha akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Aku tak dapat nak join sebab aku ade jauh dengan diorang dan nak save budget. ape pun aku sebagai abang tetap mendoakan kejayaan dalam pembedahan tersebut dan aku harap Angah akan mengambil berat tentang adik-adik. Jangan terlalu menyusahkan Abah dan Ma. Kita dah dewasa dan mampu untuk memikul sebahagian tanggungjawab dalam keluarga. Wassalam...

Tuesday 15 November 2011

mudahkanlah segala urusan

assalamualaikum.. aku tak tahu ape yang nak tulis kat sini sebab aku tengah buntu dengan idea. Mungkin banyak  perkara yang menimpa aku dalam minggu ini. Sudah lumrah alam yang tuhan jadikan kita sebagai manusia ditimpa dengan masaalah, tidak kiralah dengan masalah beban kewangan, tekanan tempat kerja dan sebagainya. Aku salah seorang yang menimpa masalah juga. Aku terasa macam berat sangat sampai memudharatkan kesihatan dalam beberaa hari ini. Aku terlampau memikirkan masalah hingga menyebabkan aku pening dan nak muntah muntah.

Alhamdulillah setakat ini aku sudah mampu mengawal masalah aku sedikit demi sedikit dan mampu menerima kenyataan kelemhan aku sendiri. Kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan nasihat. Kepada sepupuku Fatimah Mohd Zahid, terima kasih sebab tak putus putus bagi harapan dan dorongan sejak masuk UITM lagi

Segala masalah yang Allah bagi kepada hambaNya adalah untuk menguji dan Allah takkan campakkan masalah tersebut jika hamba tersebut tidak mampu. Mungkin Allah hendak memberi peringatan dan ujian kepada kita supaya tidak lalai kepadaNya. Dekat sini aku in kongsi ayat atau doa supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita ' ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KARIM'. 

Wednesday 2 November 2011

Aku nak balik kampung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..lame aku tinggalkan dunia blogging sejak aku masuk Uitm. Aku mintak maaflah sebab komitmen pada assignment dan test lebih penting untuk mase depan ( iyelah sangat). Dari aku mula masuk Uitm sampai sekarang macam sekejap je mase berlalu dan sekarang aku menunggu hari untuk pulang ke Terengganu beraya dekat sane. Kalau korang nak tau… aku tiap-tiap hari duk belek tiket bus untuk balik kampong. Aku rindu sangat family dan tiap-tiap hari telifon family. Korang jangan ingat orang perempuan je yang selalu telefon family, lelaki pom ade jugak ek (aku la tu).
Sebelum aku balik kampung, banyak sangat tugas yang aku kene buat cam submit assignment lah, kene amik test lagi sampai berbulu mate aku duk ngadap buku yang tebal-tebal semua nyer.. tapi nak buat macam mane.. SABOR JE LAH. Dalam minggu aku nak balik kampung nie a juga banyak sangat masalah yang melanda diriku.. ko nak tahu ape??
1. Aku punye assiment banyak kene edit semula
2. Time tu jugak aku memang ngan member.
3. Aku terperdaya dengan seseorang
4. Aku banyak test yang nak kene ambil
5. Duit aku banyak sangat melencong dekat lain
Walaupun ade dugaan dalam minggu aku nak balik kampung, setakat ini aku dah banyak sangatdapat pengajaran ape yang telah dilalui. Apa pun dugaan yang dating dalam hidup jangan mudah putus asa. Yang paling penting sini ialah cuba untuk pandang ke hadapan, jadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran untuk masa yang akan dating.
Sebelum aku blah dari blog ni….aku nak ucap selamat hari raya qurban kepada kengkawan da bagi non muslim selamat bercuti. Bye!!