Tuesday, 26 July 2011

minggu busy

assalamualaikum dan selamat 1 Malaysia. Lame aku tak bat post dalam blog ni, memang rindu tahap gaban r ni.hehehe... Kalau korang nak tahu, minggu nie n minggu yang kan datang memang hari yang paling busy buat aku. Nak tahu kenapa???? aku nie seorang pekerja yang dedikasi (perasan) so tak bolehlah nak ponteng selalu nanti hilang RM120 aku. Aku juga kena buat persiapan nak pergi kat universiti, nak kene isi borang, cop pegawai nak buat pengesahan, nak ambil sijil STPM dekat sekolah lagi dan macam-macam lagi la.. Kalau aku tak buat siapa lagi yang nak buatkan, nak suruh ma dan abah aku?? diorang pun ade komitmen juga. Medical cheak up pun aku tak buat lagi. Tapi date dah buat kat hospital, tapi malang yer terlalu ramai sangat orang yang nak buat medical chek up juga. Kerajaan katakan...So aku dah fikir-fikir nak buat kat swasta je lah. bia pun mahal, janji siap awal.hehehe (bajet kaya). Puasa pun dah nak dekat jadi makin busy lah aku nanti. Bab shoping?? erm... tunggu dekat nak raya baru nak beli. Mase tu banyak potongan yang dapat dan boleh save bajet sikit.hehe..apa pun Chaiyok Chaiyok!!!

Saturday, 16 July 2011

happy nyer nak masuk u

assalamualaikum.... aku rase happy sesangat sebab aku dapat melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. nak tahu kat mane?? jeng jeng... UITM SHAH ALAM!!! syukur sesangat sebab dapat tawaran tu. kawan-kawan yang lain pun ade jugak yang dapat satu uni ngan aku, takdelah aku keseorangan nanti. Mak aku bila tau aku dapat universiti bukan main panjang je sengeh 24 jam.ish... ish.. hurm lepas nie busy lah sikit sebab kene buat medical chek up, nak buat buku bank, dan yang paling penting sekali... hehe SHOPING!!!! dalam suka pom ade juga yang sedih kan. kepada kawan kawan yang tak dapat sambung tu jangan putus asa. umur kita panjang lagi. banyak lagi cabang- cabang yang lain boleh kita terokai.. rezeki tuhan banyak... mungkin bidang bidang yang lain lebih cerah lagi. so buat yang terbaeeek..amin

Thursday, 7 July 2011

Sunday, 3 July 2011

anak emak...

Pernah dengar tak tajuk tu?? tajuk ni aku amik dari cekerama di tv3 lakonan mantap dari UNGKU ISMAIL AZIZ dan ELMY NADIA.. memang kelakar bile tengok citer nih, aku duk gelak sakan ngan adik- adik kat depan tv.
 cerita ini mengisahkan Hisyam yang terlalu manja menyebabkan Siti tidak dapat melakukan perkara yang sepatut nyer sebagai seorang isteri. Hisyam terlalu mengikut kata- kata ibunya menyebabkan Siti tidak puas hati terhadap ibu mertua dia..
haha... bagi korang yang bakal berkahwin @ sudah berkahwin, ape perasaan korang apabila mendapat ibu mertua yang macam ini?? aku dah boleh agak daa... mesti frust menonggeng tahap cipan kan.. tapi kalau ibu mertua korang macam ni pom janganlah sisih mereka, mungkin memang perangai mereka macam tu. Jangan pulak duk sisihkan anak dengan ibu. so aku dah ngantuk nak taip apelagi. otak dah duk pikir bantal busuk je..Salam..

Saturday, 2 July 2011

Tak Ready Nak Bertunang...kahwin??

jangan terkejut tengok tajuk kat atas.. Aku tobe tibe datang idea nih bila tengok kawan aku yang bertunang pada hati jumaat yang lepas. Aku gembira tengok diorang happy bila bertunang. Tapi AWAS!!! jangan ingat apabila bertunang anda akan mendapat mandat nak buat itu ini... Jangan sama sekali. Sebelum buat ingat Allah ye dik. Sebut pasal tak ready nak tunang ni bukan ape.. Adik aku yang kecik tu selalu tanye bila nak dapat KAKAK IPAR.huhu... pandai budak zaman sekarang. Bagi aku lah, buat mase sekarang nih takpikir lagi nak ke arah rumah tangga. Banyak lagi yang perlu nak buat, belajar, cari duit, dan yang penting dulu ialah nak tengok adik- adik aku berjaya. Kalau nak di ikutkan ramai juga orang zaman sekarang yang kawin awal. Kalau jodoh takpe lah tapi jangan kahwin kerana nafsu semata-mata. Sebut pasal KAHWIN tengok je senang, tapi berat amanah yang perlu dipikul. Bagi seorang lelakilah,apabila sah akad yang dilafazkan, segala dosa sang isteri sudah terletak di bahu mereka dan suami perlu mendidik isteri supaya menjadi solehah. Kalau anda- anda sekalian tak mampu baik toksah la... Makin banyak dosa adalah.. Kalau boleh perbaiki diri dulu baik dari segi fizikal mental, dan yang paling penting ialah ilmu agama. Cuba korang tengok statistik penceraian di negara kita. MEMANG TINGGI... salah satunya ialah kurang didikan agama dalam diri. So korang kalau nak kahwain tu jangan sebab nafsu je. kalau ikut sunnah nabi lagi bagus dan boleh pahala lagi. ALLAHUALAM...

Thursday, 30 June 2011

bukan nak menggatal...

korang nak tau aku buat kerja sambilan ape???jeng jeng... aku nih cahier sementara dekat MYDIN. macam name aku plak.hee... aku sebenarnya nak kongsilah pengalaman aku sebagai cahier ni, dalam banyak- banyak adelah juagak hamba Allah yang tak tahu malu ataupun nak perasan. Allaualam... Tapi yang buat aku tak puas hati ni adelah minah dua orang datang kat kaunter aku. Mase tu aku takde custumer so sembang- sembanglah dengan cashier sebelah. Tibe- tibe dua orang minah tadi datang kat tempat aku, diorang letak bakul dan aku tengok la dulu barang ape coz senang nak paking yang basah n kering. mase tengok barang diorang, aku dengar minah tu duk bisik- bisik. Nak tahu barang ape?? segala anak sedara like SOTONG KECIK ... erm korang paham- paham sendirilah ek..kawan aku nih tengoklah aku duk scan barang. Dia bukan main gelak lagi dekat aku.. yelah orang lelaki pegang benda tu mane tak merah muka. yang minah tu pulak duk men gedik-gedik.. padahal banyak lagi casier perempuan yang ade dekat situ. Nak dijadikan cerite.. adelah satu SOTONG tu takde barcode. dan aku ngan selamber badak angkat benda tu tinggi- tinggi.

"awak,sotong awak takde barcode.nak tunggu staf kitaorang cari yang lain ke?"

Baru nak tau malu... aku buka ape..kalau ade barang yang korang beli seperti SOTONG tadi biarlah kene care nyer.. nasib baik iman aku kuat.kalau tak dah lame jadi mate kerangjang..huhu... NAUZUBILLAH

Tuesday, 28 June 2011

pertemuan yang tidak disangka

Aku ade cerita yang nak dikongsi ni.. Mase aku tengah kerja tadi, aku terserempak dengan bekas cikgu sekolah rendah dulu. Tak nak tegur nampak sangat sombong, so aku tegur la. Nak tahu ape riaksi cikgu aku?? Senyum sampai ke telinga (ade ke macam tu??).. Walaupun dia tak ingat aku tapi takpe lah.. Yang penting dia bagi sokongan dekat aku untuk terus belajar. Dia terharu dan gembira sebab anak murid lame ade lagi ingat jase beliau. Ape pun jasa seorang guru perlu dikenang walaupun ada pengalaman pahit semasa sekolah dahulu. Wassalam...