Tuesday, 4 October 2011

story mory..

assalamualaikum... lame aku tak update aku punye blog. dua hari lepas rasenye dah update kot.heehehe.... ape pom aku nak ucapkan teima kasih yang mane sudi datang terjah blog aku yang tak brape kreatif sangat dan jangan lupa follow blog ni yup.. sekarang nie aku bussy sikit ngan kuliah, nak wat assigment yang tak gerak gerak lagi. Member aku pom dah start bebel kat aku suruh cari bahan ape sume.. Huhuhu penat nyer wase. Dalam mase yang same aku duk kalut tentang sistem pendaftaran kos yang tak berapa nak elok kat sini.. semua subjek yang aku nak daftar semua penuh dan padat-padat macam milo fudge.hehehe.... disebabkan sistem di universiti aku tibe tibe low menyebabkan aku macam orang perlarian semasa nak masuk dalam kelas dan terpakse aku tumpang kelas yang lain.Aku nak marah pun tak boleh juga kerana pihak pengurusan sudah sedaya upaya untuk membaikpulih sistem tersebut.. Pagi tadi kawan aku terbangun lewat untuk ke kuliah. punye kelam kabut kawan aku sampai tak mandi semasa nak pergi kuliah. aku pun tak perasan dia gosok gigi ke tak.hahaha jahat aku nie. sorry ek kawan aku. Tapi yang pelik nyer kawan aku nie same kelas ngan aku. kenapa aku tak kelam kabut dan boleh siap sambung tidur lagi selama sejam??? korang nak tahu ape yang terjadi selepas itu?? kawan aku masuk bilik balik sebab lecturer takde.hahaha memang nasib aku la sebab tak payah nak tuang kelas lame-lame... aku pun sambung main internet dan ulang kaji sikit-sikit untuk kuliah sebelah petang. Paling yang aku tak sangka ialah Encik Ridzuan selaku pensyarah aku dapt mengigat nama-nama aku semasa buat kuiz tadi..kembang hidung setaman tau. Dapat jugak point untuk aku di situ.hehehe

Monday, 3 October 2011

masyuuuk....

assalamuaikum kat korang semua.. hari ini aku free sebab aku ade satu je kelas pagi tadi. Mesti korag semua tertanye-tanye kenapa aku buat entry kali ini tentang MASYUUUK kan.. Kalau korang tak tanye pun akan aku bagitahu jugak.hahahaha.... okeylah sebenarnya selama subjek yang aku belajar kat di universiti ini merupakan kelas yang pertama faham dan dapat menumpukan perhatian. Cewah kelas gitu.. Pagi tadi aku belajar subjek management of internet information sources and services. Dalam subjek nie kami banyak belajar tentang internet, cara nak buat koding dan banyak lagi yang lebih mendalam la... So... masuk tentang tentang topik kita tadi. Selama ini aku belajar dan keluar daripada kelas masih blurr tak tau ape pun.huhuhu... teruk nyer aku. Tapi hari ini allhamdulillah aku masuk dan keluar dari kelas penuh dengan ilmu di dada. Terima Kasih kepada madam Irni Elena kerana mengajar aku tanpa putus asa. Semasa sesi penerangan juga aku cuba untuk bertanya di dalam kelas sebab aku nak hapuskan rasa tak confidient yang ada dalam diri ini. Bercakap tentang MADAM IRNI ELENA.. Ramai yang tak percaya bahawa muka dia serupa macam pelakon, DJ dan pengecara LINDA ONN versi bertudung.hehehe.... jangan jeles tau. Tapi tak kiralah rupa bentuk yang macam mana pun, yang penting ialah ilmu yang bakal kita peroleh nanti dan cantik itu merupakan bonus untuk kita supaya fokus di dalam kelas. wassalam....

Wednesday, 28 September 2011

rindu nyer...

Assalamualaikum...sorry kepada kawan-kawan dan followers semua sebab dah lame aku tak update blog nie. Bukan aku sengaje taknak update blog nie, tapi terlalu banyak kengkangan bila nak tulis blog ni. Huhuhu... Sejak aku menjadi mahasiswa UITM banyak sangat assignment dan aktiviti kolej yang perlu aku hadir. Memang adat orang tinggal dekat universiti macam ini. Ape pun aku gembira tinggal dekat sini sebab banyak sangat pengalaman yang dapat serta kawan-kawan dari pelbagai negeri. Ape lagi ek aku nak cerita ek?? Cara hidup di UITM PUNCAK PERDANA?? Macam mane nak cakap ek.. Senang cakap ada baik dan ada buruk la. Ok sekarang aku cerita benda baik,dari segi kolej memang tip top sebab dalam banyak-banyak kolej di Shah Alam kolej di Puncak Perdana menggunakan nama bunga Jasmin. Berbanding dengan kolej yang lain hanya mengunakan nama pokok. Dari segi kelemahan?? Mungkin coverage la. Kalau nak guna broadband mesti lembab sebab erea kolej kami adalah bukit. Huhu... Kepada kawan-kawan atau anda yang nak masuk UITM memang berbaloi sebab banyak kerajaan support untuk orang melayu dan bumiputera. Hurm...aku dah melalak kot lain nampak nyer.hehe... Sebenar nye aku rindu sangat sangat nak menulis blog tiap tiap hari, jadi aku harap korang semua sudi-sudila jenguk blog yg tak seberapa ni ek. Salam rindu....

Saturday, 20 August 2011

sakit nyer..

sudah beberapa hari aku sakit. Tengok dari luar memang macam biase sihat n happy. Tadi mase sahur tadi tiba-tiba aku rasa sakit. Mula-mula memang ingat sekejap je, tapi menjejaskan masa tidur aku.Huhuhu... hari ini aku nekad nak pergi klinik nak tahu penyakit aku ini dan hasil nyer memang aku kena buat rawatan beberapa kali untuk meghilangkan rasa sakit ini.

Buat mase ini aku tidak memberitahu sesiapa sebab aku boleh handle sendiri. Sebenarnya aku ada 2 pilihan nak bagi rasa sakit ini hilang. Cara pertama memang aku tak berani coz ade sebab tertentu yang aku tak boleh bagitahu. So aku decide nak buat rawatan susulan di klinik. Harap-harap rasa sakit aku akan berkurangan. Amin...

Thursday, 18 August 2011

kebajikan anak yatim

sudah hampir dua minggu kita berpuasa dan sedar tak sedar hari raya pun dah nak dekat kan.. ibu bapa pula duk sibuk membeli keperluan hari raya anak-anak, kuih raya, perhiasan rumah dan macam-macam lagi bagi menyambut syawal yang akan menjelma. Dalam suka-suka kita nak menyambut hari raya ade lagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Korang nak tahu siape??? tentulah anak yatim dan fakir miskin kat luar sana.

Mereka terpaksa melalui kehidupan dengan penuh kesukaran sebab ketiadaan ibu bapa untuk mencurah kasih sayang macam anak-anak yang lain, ada juga anak yatim ynag terpaksa hidup dalam kemiskinan dan ketinggalan dalam akedamik. Bagi kita, bangun je dari tidur mak dan ayah yang bagi segala keperluan untuk kitakan..

Macam mana aku boleh buat entry tentang anak yatim ek.. sebenarnya aku bersyukur sesangat sebab dapat melihat anak yatim mendapat tajaan dari pihak tertentu untuk membeli keperluan hari raya. aku rasa sebak bila tengok riak gembira di wajah anak-anak yatim memilih pakaian, kasut untuk menyambut hari raya yang akan menjelang tiba. Syukuralhamdulillah sebab ade juga insan yang perihatin terhadap anak-anak yatim ni, sekurang-kurang nyer mereka gembira untuk menyambut hari raya nanti.

seronok sangat bila tengok mereka mencuba baju raya, saling tolong kawan-kawan memilih baju raya n macam lagi. Walaupun aku tak mampu tolong meraka untuk menaja mereka tapi sedekah dan zakat pun sudah memadai. Menunaikan zakat pun sudah membantu banyak golongan tau. contohnya anak yatim tadi, f
akir miskin, mualaf dan banyak lagi. Nasihat aku bagi yang berkemampuan tunailah zakat kerana ia adalah tuntutan agama kan..wassalam.

Sunday, 14 August 2011

nak tunjuk teror dalam memasak

assalamualaikum.. dah lame aku tak post karya tungang langgang  kat sini.. sempena hari cuti semalam, nak la jadi anak yang soleh jap. angin rajin aku tibe2 datang nak turun dapur nak tolong ma masak. sebelum nak masak
aku cari sikit resepi-resepi kat dalam tenet, dalam banyak-banyak resepi tu ade satu menu yang buat aku kecur air liur eh. KAILAN IKAN MASIN..fuhh memang terangkat kalau dengarkan.. yang mane bahan yang takde aku pergi beli dekat pasaraya yang terdekat..semangat tahap gaban eh. sampai rumah je terus pergi dapur. aku tak bagi mak tolong sebab nak tunjuk teror laknon.

nak tahu resipi sayur kailan???

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td


cara macam tu lah aku buat..nak tahu kailan aku jadi macam mane??apa yang boleh katekan bukan yang TERBAEK!!! tapi HANCUR.wawa... nak nangis jew nie. mane tak nyer aku potong bahan- bahan HALUUUS je macam nak bagi pesakit makan je.huhu.. bau n rasa tetap same beb.. aku tak berani nak tunjuk gambar KAILAN IKAN MASIN. so korang imagine sendiri la...

itu kire first time aku buat resipi baru. aku pun lelaki, so tak heranla masak pom hancur.haha..
tapi resipi yang aku bagi kat atas tu betul2 blake. aku je yang tak pandai dalam bab-bab memasak ni. wassalam...