Sunday, 25 March 2012

susah jadi pemimpin

lame Mr.Dean tak update blog nih, dah nampak sunyi sepi tanpa mengunjung. Aku sibuk sesangat dengn aktiviti yang dijalankan oleh pihak pentadbiran UITM. Salah satunya ialah aktiviti Kemahiran Insaniah (KI) yang dijalankan untuk kami.

Aktiviti ni banyak pengalaman yang aku dapat seperti menjadi pemimpin di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ni aku telah dilantik mejoriti untuk menjadi pemimpin untuk mengetuai aktiviti di sini. Sebenarnya terpaksa sebab kos yang aku ambil ni hanya ade 4 orang LELAKI sahaje. Nak tak nak terpakselah juga walaupun aku TAK NAK!!!

Tapi ok jugaklah bila aku jadi ketua untuk anak-anak buah aku (bukan nak bangge tau) sebab diorang sebulat suara nak lantik aku. ZUL sorry ek ko tak dapat undi langsung tadi hahahaha.... Nasib baik semua sporting dan memang terbaik untuk bekerjasama dengan aku.

Walaupun ade banyak kekurangan tapi takpe sebab aku kan budak baru belajar hehehehe... Banyak jugalah feedback yang mengatakan aku sekepala dengan diorang dan faham dengan arahan. Syukur.....
Kebanyakkan aku dengar mesti banyak orang tak puas hati dengan ketua atas sebab tertentu. Mula-mula aku ada jug terfikir tentang itu, tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk member-member dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Nie kat bawah semua member aku



 


Saturday, 14 January 2012

Mimpi GiGi Tercabut


Assalamualaikum..

Lame tak update blog ini sebab aku busy dengan final exam sekarang. Memang nak rehat sekejap dari dunia bllogging. Tapi hari ini aku nak share something. Petang tadi aku mimpi yang gigi atas tercabut. Kalau sebatang takpe lah jugak. Ini 3 batang do.... Aku mula lah tak sedap hati. aku terus bukak MIENAH (laptop) dan start GOOGLE kat tenet.Huhu... google punyer google hasil nyer PETANDA SAUDARA TERDEKAT AKAN KEMALANGAN ATAU MENINGGAL.

        Alamak aih...seram aku kalau macam ini.. Tapi nasib baik ade kawan aku bagitahu yang mimpi itu mainan tidur. Apa pun setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Yang baik kita ambil dan yang buruk kite sepak tepi.hehehe. Wassalam..

Thursday, 8 December 2011

Tanggungjawab anak lelaki kepada keluarga

Assalamualaikum w.b.t

 Hari ini aku bukan nak berlagak alim atau perasan bagus tapi biarlah entry kali ini memberi peringatan dan motivasi kepda kita sebagai anak tidak kira lelaki atau perempuan. Apa yang saya nak tekankan dekat sini adalah kepada anak-anak yang berada diluar sana tentang tanggungjawab kita kepada orang yang telah membesarkan kita.
Acap kali kita mendengar anak-anak zaman sekarang banyak mengabaikan ibu bapa apabila meningkat dewasa,
dmalahan ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke pusat kebajikan rumah orang tua. Alasannya sibuk dengan kerja, 
selalu kena tegur yang bukan-bukan, rimas dan sebagainya. Tapi kalau dibandingkan dengan penat lelah diorang menjaga anak-anak 
yang pelbagai kerenah sejak kecil sehinggalah menjadi seorang manusia yang berguna saya rasa tidak ternilai, cuba anda 
fikir, kadang-kadang seorang ibu bapa terpaksa menjaga lebih sepuluh orang anak dan setiap orang masing-masing
mempunyai kerenah yang tertentu. 

Walaubagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.” Jawab Umar r.a., ” Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.”

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi. 
Jadi tak salah rasanya kita sebagai anak berkorban untuk menjaga mereka semasa masih hidup dan bernafas dimuka bumi ALLAH yang cukup indah ini. Malah boleh menjadi contoh kepada anak cucu yang akan datang. Pernahkah anda berfikir jika suatu hari nanti anak-anak anda berbuat demikian? fikir-fikirkanlah. Wassalam...   
   

Saturday, 3 December 2011

ShopPinG!!

Malam kelmarin aku telah berhempas pulas untuk menyiapkan assigment sebab nak pergi shopping punyer pasal. aku ngan member ( Agustine) pergi Times Square di jalan Imbi  dulu untuk teman dia gunting rambut di salon Kemarie. Aku tengok dyer punyer salon ok jer servis. So... aku trylah jugak. Selama ni fesyen rambut aku just biase2 je. Dan sekarang telah berubah menjadi pacak2.



Kire ok lah dari yang dulu. Lepas tu aku usha beg n barang kat kedai kat dalam Times Square dan hasil nyer....
beg warna hitam nih
dan baju t-shirt

Tak cukup dengan tu lagi... Lepas kedarah makan tengah hari jap. Aku dengan member terus pergi Sungei Wang plak. Kebetulan ade sales yang HOT!! dapat jugak aku beli 3 barang kat sane. Nak tahu ape?? 
baju nie 



Semua nyer murah2 je. Pasal jenama atau harga murah aku tak kisah. Janji dapat pakai suda..
                                           









Thursday, 24 November 2011

Utusan Malaysia Online - Korporat

Wednesday, 16 November 2011

semoga selamat

Wah sedih nyer bila tak dapat bersama-sama Achik yang akan menjalani pembedahan pada 19/11/2011(sabtu) nanti.. Achik akan membuang besi pada tulang peha akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu. Aku tak dapat nak join sebab aku ade jauh dengan diorang dan nak save budget. ape pun aku sebagai abang tetap mendoakan kejayaan dalam pembedahan tersebut dan aku harap Angah akan mengambil berat tentang adik-adik. Jangan terlalu menyusahkan Abah dan Ma. Kita dah dewasa dan mampu untuk memikul sebahagian tanggungjawab dalam keluarga. Wassalam...

Tuesday, 15 November 2011

mudahkanlah segala urusan

assalamualaikum.. aku tak tahu ape yang nak tulis kat sini sebab aku tengah buntu dengan idea. Mungkin banyak  perkara yang menimpa aku dalam minggu ini. Sudah lumrah alam yang tuhan jadikan kita sebagai manusia ditimpa dengan masaalah, tidak kiralah dengan masalah beban kewangan, tekanan tempat kerja dan sebagainya. Aku salah seorang yang menimpa masalah juga. Aku terasa macam berat sangat sampai memudharatkan kesihatan dalam beberaa hari ini. Aku terlampau memikirkan masalah hingga menyebabkan aku pening dan nak muntah muntah.

Alhamdulillah setakat ini aku sudah mampu mengawal masalah aku sedikit demi sedikit dan mampu menerima kenyataan kelemhan aku sendiri. Kawan-kawan yang banyak memberi sokongan dan nasihat. Kepada sepupuku Fatimah Mohd Zahid, terima kasih sebab tak putus putus bagi harapan dan dorongan sejak masuk UITM lagi

Segala masalah yang Allah bagi kepada hambaNya adalah untuk menguji dan Allah takkan campakkan masalah tersebut jika hamba tersebut tidak mampu. Mungkin Allah hendak memberi peringatan dan ujian kepada kita supaya tidak lalai kepadaNya. Dekat sini aku in kongsi ayat atau doa supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita ' ROBBI YASSIR WALA TU'ASSIR YA KARIM'.